X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Sambut hari jadi: Polis panggil empat individu

Klip video yang tular di laman menunjukkan sekumpulan individu sedang menyambut hari jadi di sebuah premis di Bukit Bintang pada Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memanggil empat individu bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran majlis sambutan hari jadi di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dijalankan berhubung penularan satu klip video di laman sosial menunjukkan sekumpulan individu sedang menyambut hari jadi di sebuah premis.

"Hasil penelitian mendapati aktiviti sosial itu menyukarkan penjarakan fizikal, sekali gus melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kertas siasatan akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran SOP MKN dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau mana-mana balai polis berhampiran," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!