Zizi Kirana sah isteri Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana selamat diijabkabulkan pada pukul 10.30 pagi tadi. - Foto Instagram Shanell Harun
Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana selamat diijabkabulkan pada pukul 10.30 pagi tadi. - Foto Instagram Shanell Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Zizi Kirana hari ini sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin.

Menerusi Instagram masing-masing, pasangan berkenaan memuat naik hantaran yang sama iaitu dua keping gambar bersaiz pasport mengesahkan mereka sudah diijabkabul.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, pukul 10.30 pagi ini.

Pereka fesyen, Shanell Harun yang mereka busana indah mempelai turut memuat naik gambar pasangan itu ke Instagram miliknya.

Semalam media melaporkan Zizi, 36, dan Yusuf, 29, akan melangsungkan perkahwinan hari ini.

Pasangan itu mula akrab kira-kira dua bulan lalu selepas sama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.

"Kami tak bercakap pun tapi mula bertegur menerusi Instagram pada Aidiladha lalu.

"Namun, sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon saja," kata Zizi. - Awani

Artikel Berkaitan: