UMNO Shah Alam kehilangan dua pemimpin sejati

Allahyarham Wan Indra Putra Ahmad
Allahyarham Wan Indra Putra Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad, 49 meninggal dunia di kediamannya di Denai Alam kira-kira jam 8.00 pagi Ahad akibat serangan jantung.

Mengesahkan perkara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Subang pada Ahad.

Menurutnya, arwah yang cukup mesra dan disenangi rakan seperjuangan dalam UMNO itu sebelum ini tidak berkongsi secara peribadi mengenai penyakit yang dihidapinya itu.

Walaupun dalam keadaan kondisi kesihatan yang tidak memuaskan sebelum ini, beliau berkata, arwah tetap gagahkan diri untuk hadir dalam apa jua program yang diadakan.

"Allahyarham mempunyai hubungan baik dengan pemimpin parti dan rakan-rakan dalam UMNO Bahagian Shah Alam. Kehilangannya amat besar dan dirasai semua ahli.

"Semoga arwah ditempatkan di sisi orang beriman, Insya-ALLAH," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Empat hari lalu, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Nor Hisham See meninggal dunia di kediamannya di Bukit Jelutong akibat kompilasi pelbagai penyakit.

Allahyarham Nor Hisham yang memegang jawatan itu pada 2013 hingga 2018 meninggal dunia pada jam 12.45 tengahari pada Rabu.

Artikel Berkaitan: