700kg sampah dikutip di Pantai Cempaka, Pantai Sepat

Ab Hamid melihat 700kg sampai yang berjaya di kutip di dua pantai di daerah Kuantan.
Ab Hamid melihat 700kg sampai yang berjaya di kutip di dua pantai di daerah Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 700 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip di dua pantai di daerah ini bersempena sambutan Hari Kebersihan Sedunia yang diadakan di seluruh dunia pada Sabtu.

Pengerusi Persatuan Anak Muda Bandaraya Kuantan, Md Jamil Pauzi berkata, dua kawasan pantai yang terlibat ialah Pantai Cempaka dan Pantai Sepat yang merupakan kawasan kunjungan orang ramai.

Menurutnya, kebanyakkan sampah yang dikutip dalam tempoh tiga jam membabitkan botol minuman dan bekas makanan plastik.

“Kami bersama MBK (Majlis Bandaraya Kuantan), Alam Flora, SW Corp dan penduduk Kampung Cempaka mengerakkan aktiviti ini sempena sambutan ‘World Cleanup Day’ peringkat global dengan mengutip sampah di dua lokasi peranginan itu.

“Menerusi program bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 11 pagi ini, kami berjaya kumpulkan sampah seberat 700kg di dua kawasan pantai terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Program itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan itu dilakukan di pantai terbabit kerana kawasan di situ mempunyai pemandangan yang cantik namun dicemari dengan sampah sarap.

"Jadi, kami ambil keputusan untuk membersihkan kawasan ini selain mahu memberi kesedaran mengenai alam sekitar kepada orang ramai," katanya.

Artikel Berkaitan: