551 saman trafik dikeluarkan sepanjang hujung minggu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 551 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang pelaksanaan operasi di beberapa lokasi di Kuala Lumpur termasuk Operasi Samseng Jalanan dan Op Motosikal pada Jumaat sehingga Ahad.

Operasi dilakukan Unit Penguatkuasaan JSPT KL membabitkan empat Pegawai Kanan dan 22 anggota polis di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew dan Lebuh Raya DUKE.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh berkata, Operasi Samseng Jalanan di Lebuh Raya DUKE pada Sabtu pula menahan dua lelaki yang menunggang secara berbahaya, melakukan aksi zig-zag, roket dan Superman serta bersaing antara satu sama lain.

Menurutnya, dua individu berumur antara 19 hingga 20 tahun itu dibawa ke Balai Trafik, Jalan Bandar dan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis turut menyita 12 buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sarifudin memberitahu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur turut menahan sembilan lelaki berumur antara 25 hingga 33 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Balai Trafik, Jalan Bandar untuk siasatan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987," katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: