Kuching City masih berpeluang raih slot Piala Malaysia

Antara aksi menarik pertemuan Kuching City menentang Terengganu FC II di Pasir Gudang. FOTO: Terengganu FC II.
Antara aksi menarik pertemuan Kuching City menentang Terengganu FC II di Pasir Gudang. FOTO: Terengganu FC II.
A
A
A

PENOLONG ketua jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin percaya The Cats masih berpeluang menyambar slot Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) II dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Jumaat.

Namun menurut Sulaiman, pemain-pemain The Cats perlu memberikan sepenuh fokus dalam meraih keputusan positif dalam dua baki perlawanan terakhir kelab tersebut selepas ini.

“Bagi saya, pemain perlu terus memberikan fokus bagi mengharungi baki dua perlawanan dalam memastikan misi Kuching City FC layak ke saingan Piala Malaysia.

“Apa pun supaya kesilapan-kesilapan yang kita lakukan ketika berdepan TFC II tidak berulang ketika kita berdepan lawan lain selepas ini dalam usaha kita meraih tiga mata yang cukup berharga,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Kuching City FC kini berada pada kedudukan ketujuh liga dengan 24 mata ketika ini dan memiliki kelebihan dua perlawanan, berpeluang untuk menamatkan saingan selaku pasukan ketiga atau keempat bagi mengesahkan slot ke saingan Piala Malaysia.

Sementara itu, pengendali TFC II, Badrul Afzan Razali nyata gembira dengan kemenangan tersebut berharap momentum kemenangan dapat diteruskan dalam usaha menamatkan saingan liga di kedudukan yang lebih baik.

Malah katanya, TFC II juga berpeluang untuk muncul juara Liga Premier jika mencatatkan kemenangan berdepan Kelantan United, Selasa ini manakala Negeri Sembilan FC serta Sarawak United, tewas pada perlawanan terakhir masing-masing.

“Insya-ALLAH, jika ada rezeki kita boleh muncul juara liga kali ini dengan syarat kita menang ke atas Kelantan United selain Negeri Sembilan FC dan Sarawak United tewas kerana kita memiliki kelebihan jaringan,” katanya.

Artikel Berkaitan: