78.2 peratus lengkap vaksin Covid-19

Foto fail Bernama
Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 18,295,014 individu atau 78.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Ahad, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.1 peratus atau 21,938,426 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 232,559 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 73,106 dos pertama dan 159,453 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ialah sebanyak 40,155,975 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: