X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Lebih 5.88 bilion vaksin Covid-19 didaftarkan di seluruh dunia

Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos. - Foto 123rf
A
A

LEBIH 5.88 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.17 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan sebanyak 804 juta dos dan Amerika Syarikat lebih 383 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 220 juta dos manakala Jepun dan Jerman masing-masing merekodkan 149 juta dan 105 juta dos vaksin didaftarkan atau disuntik.

Sementara itu, Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 120 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia yang melebihi 40 juta dos dan Singapura, 9 juta dos. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!