Manchester City buntu di Etihad

Pep Guardiola. - Foto AFP
Pep Guardiola. - Foto AFP
A
A
A

IMPIAN menggunung penyandang juara Manchester City untuk meneruskan pendakian takhta saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan momentum kemenangan terencat apabila diikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Southampton di Stadium Etihad.

Skuad kendalian Pep Guardiola yang tampil dengan misi memburu kemenangan keempat liga ternyata dikejutkan dengan corak permainan agresif The Saints bimbingan Ralph Hasenhüttl.

Pada babak pertama gawang The Citizens yang dikawal Ederson sering diasak dan diuji dengan percubaan daripada Adam Armstrong dan Mohamed Elyounoussi.

Pada babak kedua, Guardiola kembali memperkemaskan corak permainan tuan rumah, namun pelawat sekadar melakar mencatat keputusan seri dalam empat perlawanan terakhir ternyata kebal di bahagian pertahanan.

Bahkan cubaan pengendali dari Sepanyol membawa masuk Kevin Be Bruyne dan Riyad Mahrez masih gagal menembusi corak bertahan skuad Hasenhüttl dikawal Alex McCarthy yang merupakan benteng terakhir pelawat.

Keputusan di Etihad menyaksikan The Citizens mengumpul 10 mata manakala The Saints pula empat mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.

Artikel Berkaitan: