Ødegaard pacu kemenangan kedua Arsenal

Ødegaard pacu kemenangan Arsenal di Turf Moor.- Foto Arsenal FC
Ødegaard pacu kemenangan Arsenal di Turf Moor.- Foto Arsenal FC
A
A
A

ARSENAL mula perlahan meninggalkan episod permulaan hambar saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Burnley di Turf Moor.

Pemain kelahiran Norway, Martin Ødegaard menjadi pencetus kebangkitan kelab London untuk mengekalkan momentum kemenangan kedua selepas menewaskan Norwich City 1-0 sebelum ini.

Jaringan cantik pada minit ke-30 pemain berusia 22 tahun tersebut membolehkan skuad kendalian Mikel Arteta mengumpul enam mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Arteta yang juga merupakan penolong Pep Guardiola di Manchester City sebelum ini dikecam hebat penyokong-penyokong The Gunners berikutan permulaan buruk kelab tersebut apabila tewas dalam ketiga-tiga perlawanan awal sekali gus rekod terburuk sejak 67 tahun.

Artikel Berkaitan: