Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup

Keadaan Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands yang runtuh dalam kejadian pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca
Keadaan Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands yang runtuh dalam kejadian pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Jalan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) Seksyen 43.9, di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku jalan runtuh akibat kegagalan cerun pada Sabtu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam kenyataan memaklumkan penutupan kedua-dua lorong itu berkuatkuasa bermula jam 9 malam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Kejadian jalan tersebut berpunca daripada cerun runtuh kemungkinan disebabkan faktor hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.

"Kawasan terlibat sepanjang 30 meter dan lebar dari aras jalan runtuh dianggarkan 4.5 meter.

Status jalan ditutup pada semua jenis kenderaan," katanya.

Menurutnya, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah – Ringlet untuk jalan perhubungan sementara.

Katanya, pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan oleh JKR dan pihak konsesi jalan persekutuan tersebut.

Artikel Berkaitan: