X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Malaysia perlu nyata pendirian jelas pakatan AUKUS

Kenyataan Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan dikeluarkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu; Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul dan Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.
A
A

SHAH ALAM – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah digesa membentangkan kenyataan menteri di Parlimen berkenaan pendirian Malaysia terhadap pengumuman pakatan strategik ketenteraan baharu Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia (AUKUS).

Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (PH) berkata, pakatan kerjasama baharu itu turut meliputi perolehan kapal selam berkuasa nuklear bernilai AUD 90 bilion merupakan perkembangan besar di rantau ini.

“Langkah Australia, AS dan UK ini besar kemungkinan akan meningkatkan suhu ketegangan di rantau Asia.

“Disebabkan kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah persaingan geopolitik dunia yang semakin sengit, Malaysia perlu meneliti dan menyatakan pendiriannya dengan jelas,” kata jawatankuasa itu menerusi kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu; Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul dan Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.

Mengulas lanjut, jawatankuasa itu menambah, Malaysia perlu menjelaskan bahawa negara ini bersedia bekerjasama dengan semua pihak selari dengan kepentingan negara.

“Namun, sebelum itu, AS dan China perlu meredakan ketegangan khususnya di Laut China Selatan dan rantau asia secara amnya.

“Ketegangan yang memuncak tidak akan membawa manfaat kepada kepentingan mana-mana negara di rantau ini,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!