Fitnah Mujahid: Lima laporan polis dibuat

Mujahid
Mujahid
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak lima laporan polis dibuat berikutan fitnah terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Menurut satu kenyataan kenyataan yang dikeluarkan, wakil pejabat menteri telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian semalam selepas kenyataan asal Mujahid mengenai perhimpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan agama Islam dimanipulasi sehingga tersasar dari konteks asal.

"Ingin ditegaskan, meskipun kerajaan pada hari ini sentiasa terbuka dan menyokong kebebasan bersuara serta kebebasan media, namun dinasihatkan agar masyarakat sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak menyebarkan fitnah dan berita palsu," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri di JPM.

Dalam pada itu, Mujahid dalam akaun Facebooknya berkata, maksud sebenar kenyataan beliau ialah kerajaan telah pun mengambil tindakan perundangan mengikut peruntukan di bawah undang-undang jenayah negara dan himpunan bagi mendesak kerajaan bertindak adalah sudah tidak perlu kerana tindakan sudah diambil.

"Kenyataan saya juga telah dimanipulasi di mana maksud sebenar saya ialah 'Tak perlulah Pas atau UMNO mengatakan seolah-olah merekalah yang paling kasihkan Nabi, orang lain selain Pas dan UMNO tidak kasihkan Nabi. Kita semua umat Nabi Muhammad SAW dan kita semua kasihkan Nabi kita'," kata beliau.

Artikel Berkaitan: