Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan tindakannya membotakkan kepala adalah kerana berjaya membuat lontaran melebihi sasaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo 2020.
Ujar Ziyad, 31, jurulatihnya, Faizol Harun, membuat cabaran supaya dia membuat lontaran melepasi jarak 17.70 meter.
"Mesti ramai tanyakan kenapa pakai topi masa interview dan ramai yang suruh buka..inilah sebab dia saya dan coach saya sudah botak sebenarnya.. macam ni cerita dia..
"Dua minggu sebelum pergi ke Tokyo Paralimpik, semasa latihan coach saya ada cadangkan sekiranya saya dapat baling lepas 17.70 (meter) dia (coach) dan saya akan botak... ini bukan bernazar, ini macam challenge sahaja," jelas Ziyad.
Meskipun terlepas pingat emas dalam kejohanan tersebut, namun dia tidak akan berputus asa.
"Alhamdulilah saya dapat melebihi target yang kami sasarkan biarpun tiada rezeki untuk dibawa pulang tetapi apa yang kami target tercapai dan juga lebih jauh dari kami sasarkan.
"Tahun depan akan lebih banyak lagi competition yang akan ada... insya-Allah saya tak akan putus asa dan terus bersemangat. Azam baharu, semangat baharu," katanya menerusi perkongsian di dalam Instagramnya pada Sabtu. - Awani
Kuala Lumpur 2024 janjikan kelainan berbeza
25 April 2024 07:06pmSukma 21: Sarawak anggar kos RM300 juta
25 April 2024 06:23pmJDT atasi kelab dibarisi Mahrez, Firmino
25 April 2024 02:23pmUnited suka 'sedekah' gol
25 April 2024 10:28am'Kami tidak cukup bagus' - Klopp
25 April 2024 09:46am[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'
25 April 2024 09:10amPelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
25 April 2024 07:30amKWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa
25 April 2024 12:10pmPeniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
25 April 2024 09:26pm