X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

CIAST anjur dua kursus jangka pendek TVET

CIAST akan menganjurkan dua kursus jangka pendek berkaitan TVET selama lima hari secara dalam talian pada minggu depan.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) akan menganjurkan dua kursus jangka pendek berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama lima hari secara dalam talian minggu depan.

Ketua Program Kelayakan dan Kekompetenan CIAST, Mohd Nuzi Yacob berkata, dua kursus yang bertajuk Train the Trainers for TVET dan Interactive Courseware for Online Learning Content Development bakal berlangsung dari 20 hingga 24 September ini.

Menurut Mohd Nuzi memberitahu, kedua-dua kursus tersebut ditawarkan kepada peserta dengan latar belakang latihan teknikal, pegawai dan pengajar daripada institusi atau jabatan kerajaan.

"Para peserta terdiri kursus jangka pendek itu terdiri daripada negara-negara penerima Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

"MTCP telah dilancarkan pada tahun 1980 sebagai komitmen Malaysia untuk kerjasama Selatan-Selatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, peserta kursus Train the Trainers for TVET akan diberi pendedahan berkaitan kaedah dalam menentukan keperluan latihan, reka bentuk kursus serta aktiviti latihan dan kaedah penilaian latihan.

"Bagi peserta kursus Interactive Courseware for Online Learning Content Development pula akan mempelajari pelbagai alat digital bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, penilaian serta proses pembelajaran semasa sesi kuliah, latihan praktikal serta perbincangan yang berkaitan dengan hasil pembelajaran kursus," jelas beliau.

Katanya, kursus itu juga merangkumi modul prapenilaian dan pasca penilaian kepada peserta.

"Program ini dijangka berupaya meningkatkan penyertaan peserta TVET antarabangsa daripada negara-negara membangun," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kursus tersebut menjadi platform perkongsian pengalaman antara pakar Malaysia dengan negara-negara penerima berkaitan keperluan tenaga kerja berkemahiran.

"Selain itu, ia juga membuka peluang untuk mempromosikan tenaga pakar Malaysia melalui kursus latihan kemahiran di peringkat global," kata Mohd Nuzi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!