X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Stesen angkasa China bakal dijadikan makmal ruang angkasa manusia

China akan mengintensifkan dan memperluas kerjasama dan pertukaran antarabangsa supaya stesen angkasa China dijadikan makmal ruang angkasa bagi umat manusia. - Foto Bernama
A
A

BEIJING - China akan mengintensifkan dan memperluas kerjasama dan pertukaran antarabangsa supaya stesen angkasa China dijadikan makmal ruang angkasa bagi umat manusia, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.

“Sejak 17 Jun lalu yang menyaksikan pelancaran Shenzhou-12, tiga angkawasan bekerja dan jalani kehidupan selama 90 hari di dalam modul teras Tianhe.

“Ia sekali gus mencipta rekod baharu untuk masa angkasawan China bertugas dalam satu penerbangan,” katanya pada sidang media, Jumaat.

Pada hari sama, kapal angkasa Shenzhou-12 juga telah mendarat dengan selamat.

China sudah melaksanakan penyelidikan penerbangan kapal angkasa pembawa angkasawan selama 18 tahun, sejak pelancaran kapal angkasa Shenzhou-5 yang membawa angkasawan pada tahun 2003 melakar kejayaan.

Difahamkan kapal angkasa Shenzhou-13 juga sudah siap untuk dilancarkan pada Oktober.

Zhao berkata, kerajaan China sentiasa komited untuk menggunakan ruang angkasa secara damai, berdasarkan prinsip “penggunaan secara sama rata dan saling menguntungkan serta pembangunan bersama-sama”.

“Kita juga komited untuk menjalankan kerjasama dan pertukaran dengan negara lain dalam bidang penerbangan kapal angkasa bermanusia,” katanya.

Stesen angkasa China sudah memasuki fasa pembinaan menyeluruh dan China akan terus meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk menyumbang kepada manusia dalam menjelajahi misteri angkasa, menggunakan ruang angkasa secara damai dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!