‘Runding dulu nama calon Timbalan Yang Dipertua'

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui akan bersetuju dengan cadangan berhubung nama calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti lain.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, nama calon terbabit perlu dirunding terlebih dahulu kerana Bersatu mempunyai prinsip tegas yang tidak boleh dikompromi.

“Pandangan Bersatu dalam isu berkait integriti dan urusan mahkamah sentiasa konsisten, malah sedia diketahui umum,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

Wan Saiful berkata, perkara besar dalam kerajaan yang berbentuk gabungan pelbagai parti seperti yang ada pada hari ini haruslah mengambil kira pandangan semua ahli keluarga dalam kerajaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan Bersatu berkecuali daripada menyokongnya sebagai calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ahmad sebaliknya berkata, khabar angin tersebut harus ditanyakan kepada pemimpin Bersatu.

Ahli Parlimen Pontian itu merupakan salah seorang calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bersama dengan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

Artikel Berkaitan: