Lelaki meninggal dunia depan restoran

Mangsa rebah sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah restoran di Lido, Kota Kinabalu.
Mangsa rebah sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah restoran di Lido, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki rebah sebelum meninggal dunia di hadapan sebuah restoran di Lido di sini pada Sabtu.

Kejadian jam 8.45 pagi itu disedari pekerja restoran berkenaan selepas melihat lelaki itu rebah sebelum menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, sejurus menerima maklumat, anggota polis dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan awal.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital.

"Siasatan lanjut juga mendapati setiap hari mangsa akan berjalan kaki dari rumahnya ke restoran berkenaan untuk sarapan, namun pagi tadi mangsa tiba-tiba pengsan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth bagi menjalankan ujian calitan dan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian," katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: