Sila log masuk terlebih dahulu.

70kg sampah kitar semula dikumpul di Port Dickson

Mohd Zamri (tengah) bersama Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Zahir (dua dari kanan) bersama sampah yang berjaya dikutip dalam program SWM Environment sempena Sambutan World Clean Up Day 2021 di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, pada Sabtu.


Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa (tengah) bersama Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Zahir Shari (dua dari kanan) bersama sampah yang berjaya dikutip dalam program SWM Environment sempena Sambutan World Clean Up Day 2021 di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, pada Sabtu.



Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa (tengah) bersama Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Zahir Shari (dua dari kanan) bersama sampah yang berjaya dikutip dalam program SWM Environment sempena Sambutan World Clean Up Day 2021 di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, pada Sabtu.
Mohd Zamri (tengah) bersama Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Zahir (dua dari kanan) bersama sampah yang berjaya dikutip dalam program SWM Environment sempena Sambutan World Clean Up Day 2021 di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, pada Sabtu. Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa (tengah) bersama Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Zahir Shari (dua dari kanan) bersama sampah yang berjaya dikutip dalam program SWM Environment sempena Sambutan World Clean Up Day 2021 di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, pada Sabtu. Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa (tengah) bersama Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Zahir Shari (dua dari kanan) bersama sampah yang berjaya dikutip dalam program SWM Environment sempena Sambutan World Clean Up Day 2021 di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 70 kilogram sampah yang boleh dikitar semula, dikumpulkan menerusi program World Clean Up Day 2021 yang diadakan di Pantai Saujana, Port Dickson, pada Sabtu.

Pengarah SW Corp Negeri Sembilan, Mohd Zahir Shari berkata, melalui program tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya mereka yang melakukan aktiviti riadah di pantai peranginan untuk menjaga kebersihan pantai.

Katanya, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan menjadikannya sebagai salah satu tanggungjawab bersama.

"Selain sampah yang boleh dikitar semula, sebanyak 62.45 kilogram sisa janaan juga turut berjaya dikutip oleh 100 sukarelawan yang menyertai program ini.

"Sepanjang tempoh World Clean Up Day ini, kita berjaya mencapai 200 orang untuk daftar sebagai 'Hero Kebersihan' bagi aktiviti World Clean Up Day ini,"katanya pada program World Clean Up Day 2021 di Port Dickson pada Sabtu.

Antara sampah sarap yang dikutip di Pantai Saujana Port Dickson.
Antara sampah sarap yang dikutip di Pantai Saujana Port Dickson.

Mohd Zahir yang mengalu-alukan pengunjung yang berkhemah, bagaimanapun mengingatkan mereka supaya tidak meninggalkan sampah di lokasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, pengunjung perlu membawa sampah pulang atau buang di tempat yang disediakan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, program PD Bersih, sudah lama diperkenalkan sejak tahun 2019.

"Pantai adalah kekuatan pelancongan di Port Dickson dan kita di Negeri Sembilan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa ke 3 sedang menuju ke fasa ke-4 yang memungkinkan lebih ramai akan datang ke pantai Port Dickson.

"MPPD merasakan sektor pelancongan adalah sumber ekonomi utama di sini dan kita harap pengunjung agar lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan kerana ini pantai kita," katanya.