X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Lebih separuh populasi di Malaysia terima dos lengkap vaksin Covid-19

92.9 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto fail Bernama
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan seramai 18,135,561 individu atau 55.5 peratus daripada keseluruhan populasi di negara ini telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Menerusi data di portal Covid Now, bilangan penerima sekurang-sekurangnya satu dos vaksin Covid-19 turut meningkat kepada 21,861,904 orang iatu merangkumi 66.9 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Ia susulan jumlah pemberian vaksin terus meningkat dengan sebanyak 238,002 dos disuntik pada Jumaat sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diagihkan bertambah kepada 39,923,416 dos sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu.

Turut diperincikan, sejumlah 77.5 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 92.9 peratus populasi dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, sejumlah 24,178,099 individu direkodkan mendaftar sebagai penerima vaksin, dengan 2,316,195 daripadanya sedang menunggu untuk menerima dos pertama.

Bagaimanapun, sebanyak kira-kira 25.9 peratus iaitu 8,479,301 orang daripada lebih 32 juta rakyat negara ini masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin buat masa ini.

Angka itu menjadikan sasaran sebanyak 80 peratus jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin masih belum tercapai.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!