X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Budak 11 tahun lemas jatuh sungai

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kinta ketika bermain bersama dua rakannya. - Foto Ihsan Bomba Perak
A
A

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Pelancongan di sini pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Hakimi Nor Izzudin disyaki terjatuh ke dalam sungai itu ketika bermain bersama dua rakannya kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.23 pagi.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut telahpun dibawa naik ke tebing sungai oleh orang awam setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa bermain berhampiran sungai itu bersama beberapa rakannya sebelum dia dipercayai tergelincir ke dalam sungai.

"Kejadian itu disedari orang awam yang mendengar jeritan rakan mangsa meminta bantuan. Mereka segera menyelamatkan kanak-kanak itu dan membantu menaikkannya ke tebing," katanya.

Mohamad Fadzeli berkata, anggota bomba kemudiannya telah memberi bantuan pernafasan (CPR), namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas.

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian telah melakukan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 1.01 petang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!