X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Perkongsian pintar majukan orang asli: Mustapa

Mustapa (kanan) bersama Abdul Rahman (kiri) melihat proses suntikan vaksin kepada masyarakat orang asli di Pos Gob pada Sabtu.
A
A

GUA MUSANG - Model perkongsian pintar antara kerajaan, pihak universiti dan swasta dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam usaha memajukan perkembangan sosioekonomi dalam kalangan orang asli di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, model yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kawasan Pos Gob di sini dilihat telah memberikan impak positif.

"Pos Gob adalah kawasan terpencil, pada tahun 2017 UKM telah membuat kajian di sini dan dalam kajian itu mereka (UKM) mendapati sektor pelancongan adalah sumber yang boleh dimajukan.

"Ia kerana kawasan ini kaya dengan alam semula jadi yang menarik dan sesuai untuk ekopelancongan.

"Sekarang ini ramai yang berminat dengan ekopelancongan dan pada pandangan saya ia amat sesuai untuk dimajukan," katanya ketika ditemui pada misi vaksinasi masyarakat orang asli di Pos Gob pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dan Ketua Pengarah Jakoa, Sapiah Mohd Nor.

Menurut Mustapa, melalui modul tersebut beberapa buah chalet telah dibina di kawasan Pos Gob bagi tujuan ekopelancongan.

Beliau berkata, pada masa sama modul itu telah berjaya menaikkan minat anak-anak untuk ke sekolah dan ia merupakan satu contoh yang baik.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan model itu boleh digunakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk melonjakkan lagi sosioekonomi orang asli.

"Kerajaan bercadang untuk menggunakan model ini dengan membangunkan beberapa perkampungan orang asli di kawasan Tapah, Perak bagi tujuan pelancongan.

"Kerajaan sudah menyediakan peruntukan untuk memajukan kawasan tersebut sekaligus mampu mempelbagaikan sumber pendapatan dalam kalangan orang asli," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!