Kes Covid-19 menurun, 15,549 kes baharu dicatat

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut apabila sebanyak 15,549 kes dilaporkan berbanding 17,577 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes kumulatif di negara ini mencecah 2,082, 876 kes.

“Sarawak menjadi negeri yang mempunyai kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,929 kes, diikuti Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Kelantan (1,214), Pulau Pinang (1,375), Perak (1,120), Kedah (1,073) dan Terengganu (755).

“Selain itu, Pahang merekodkan 634 kes, diikuti dengan Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33), Putrajaya (31) dan Labuan (11),” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: