MOF masih bincang isu harga ayam naik: Tengku Zafrul

 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) ketika hadir lawatan Jelajah Sempena Penyediaan Bajet 2022 di ternakan ikan kelah bertempat di Asuko Genius Sdn Bhd Kulai Johor hari ini. Turut kelihatan, Pengarah Urusan Asuko Sdn Bhd Datuk Mohd Jafni Md Shukor (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Samsolbari Jamali (tengah). - Foto Bernama

A
A
A

KULAI - Kementerian Kewangan (MOF) masih dalam perbincangan untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi menstabilkan semula harga ayam yang didakwa meningkat tinggi sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu melihat daripada pelbagai aspek termasuk kesan yang akan dialami oleh pihak berkaitan terlebih dahulu.

Katanya, perbincangan itu juga termasuk keputusan samada perlunya untuk melaksanakan sistem subsidi kepada penternak.

"Kerajaan sedar mengenai harga ayam yang meningkat naik dan kini bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

"Kami akan bincang dan lihat dahulu sebelum melaksanakan langkah (sistem subsidi) terbaik. Keputusan perlu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu impak kepada penternak, semua pihak terlibat dan industri lain bekalan makanan. Paling penting sekali adalah impak kepada pengguna," katanya mengulas isu berkaitan kenaikan harga ayam sempena lawatan kerja selama dua hari di Johor di sebuah pusat penternakan ikan kelah di Kulai, pada pagi Sabtu.

Sebelum ini, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan MOF selain MAFI bagi mencari penyelesaian jangka panjang munasabah terhadap isu harga ayam.

Tengku Zafrul berkata, pihaknya difahamkan kenaikan harga ayam yang berlaku ketika ini adalah kerana ketidaktentuan permintaan pasaran susulan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi.

Artikel Berkaitan: