Kerja pembaikan lokasi runtuhan tebing masih dijalankan

Kerja-kerja pembaikan masih dijalankan di lokasi runtuhan tebing dan tanah berhampiran Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka pada Sabtu.
Kerja-kerja pembaikan masih dijalankan di lokasi runtuhan tebing dan tanah berhampiran Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - Kerja-kerja pembaikan masih dijalankan di lokasi runtuhan tebing dan tanah berhampiran Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka, di sini pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata, kerja-kerja penanaman tiang dilakukan untuk mengukuhkan tanah di lokasi runtuhan tersebut.

"Untuk hari ini penanaman cerucuk besi di tepi bangunan sedang dijalankan, hampir 20 peratus kerja penanaman cerucuk sudah dijalankan pagi tadi.

"Bagi pembaikan tanah runtuh ini dijangka mengambil masa beberapa hari untuk siap," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Elizabeth berkata, kerja pembaikan melibatkan proses kritikal yang menyebabkan sedikit gegaran dan bunyi.

"Atas faktor tersebut, penduduk yang tinggal berhampiran lokasi ini kita minta untuk tidak berada di rumah buat sementara waktu," katanya.

Menurutnya, penduduk turut diminta agar tidak bimbang dengan sebarang kemungkinan.

"Selepas tebing ini dibaiki, boleh kata ia akan lebih kukuh dan selamat.

Artikel Berkaitan:

Penduduk di blok terlibat tidak perlu rasa gelisah selepas ini," katanya.

Pada Rabu, kira-kira jam 4.45 petang, berlaku runtuhan tebing dan tanah di Blok J, Rumah Pangsa Sri Cempaka.

Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.