Lapan rumah, gereja musnah dalam kebakaran di Penampang

Sepuluh keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan lapan rumah jenis tidak kekal dan sebuah gereja yang sedang dalam pembinaan. - Foto hiasan.
Sepuluh keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan lapan rumah jenis tidak kekal dan sebuah gereja yang sedang dalam pembinaan. - Foto hiasan.
A
A
A

PENAMPANG - Sepuluh keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan lapan rumah jenis tidak kekal dan sebuah gereja yang sedang dalam pembinaan di Kampung Babah Bunduon, di sini pagi Sabtu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.48 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

"BBP Kota Kinabalu turut digerakkan bagi membantu operasi pemadaman dan api berjaya dikawal pada 9.20 pagi," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Misran berkata, insiden turut memusnahkan tiga kenderaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: