Lencongan trafik hadapan Eko Cheras Mall mulai Ahad

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kerja-kerja pengorekan kelodak paip kalbat dan pemotongan/pengalihan paip Air Selangor di hadapan Eko Cheras Mall dari Kajang ke ibu negara sebagai usaha mengatasi banjir kilat.

Sehubungan itu, DBKL dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pengguna jalan raya di Jalan Cheras di hadapan Eko Cheras Mall dari Kajang ke Kuala Lumpur akan mengalami gangguan aliran trafik/lencongan jalan mulai Ahad hingga 9 Oktober depan.

"Dalam tempoh itu, pengguna jalan raya di laluan itu akan dilencongkan dan boleh menggunakan laluan alternatif sementara di lokasi berkenaan,” kata kenyataan itu.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan mematuhi semua isyarat papan tanda di lokasi sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan kekeliruan. - Bernama

Artikel Berkaitan: