Bruce yakin Newcastle bangkit

Allan Saint-Maximim merembat untuk gol penyamaan Newcastle United pada perlawanan berkenaan. - Foto The Times
Allan Saint-Maximim merembat untuk gol penyamaan Newcastle United pada perlawanan berkenaan. - Foto The Times
A
A
A

PENGENDALI Newcastle United, Steve Bruce yakin skuad kendaliannya itu mampu bangkit setelah terikat 1-1 ketika berdepan Leeds United di St. James Park, pada Sabtu.

Menurut Bruce, kemenangan itu nyata melegakannya setelah mengharungi liga perlawanan musim ini tanpa sebarang kemenangan hinggakan penyokong The Magpies telah menyuarakan agar dia dipecat.

“Saya memahami kekecewaan penyokong. Namun, keadaan semasa telah menjadikan kita berada pada kedudukan ini. Apa pun, bagi saya mereka (penyokong Newcastle) agak unik kerana sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan walau apa pun yang terjadi.

“Bagaimanapun, mereka juga perlu menerima apabila pasukan tidak mampu memenangi perlawanan, terutamanya yang melibatkan perlawanan yang penuh dengan tekanan.

“Malah, mereka juga perlu belajar bagaimana untuk menangani perasaan akibat kekalahan itu, menjaga maruah diri dengan tidak mencaci pasukan dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Newcastle dikejutkan denan jaringan pembukaan oleh pemain Leeds United, Raphinha pada minit ke-13 sebelum Allan Saint-Maximin menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Keputusan berkenaan sekali gus melonjakkan kedudukan The Magpies pada kedudukan ke-18 ketika ini.

Sementara itu, Bruce turut gembira dengan aksi dipamerkan skuad kendaliannya yang berjaya bangkit daripada ketinggalan pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semangat itu perlu diteruskan pada perlawanan-perlawanan akan datang dalam usaha melakar kejayaan buat pasukan.

“Jujur saya katakan, saya berpuas hati dengan aksi kesemua pemain. Setelah kita bermula dengan tidak begitu baik namun kali ini, kesemua pemain telah memberikan aksi terbaik mereka.

“Oleh itu, saya memberikan jaminan bahawa pasukan ini akan mampu pergi lebih jauh musim ini dengan mencatat lebih banyak kejayaan,” katanya.