X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Dua nyaris maut pacuan empat roda rempuh pembahagi jalan

Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua mangsa melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Kilometer 426.5 Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi Sabtu.
A
A

SUNGAI BULOH - Dua individu nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Kilometer 426.5 Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.59 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.21 pagi.

"Sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berumur 44 tahun bersama seorang penumpang berumur 43 tahun dipercayai telah melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 426.5 Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi Sabtu.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 426.5 Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi Sabtu.

Katanya, pemandu berkenaan berjaya keluar sebelum bomba tiba di lokasi.

"Bagaimanapun penumpang kenderaan pacuan empat roda tersebut dipercayai tersepit.

"Bomba kemudiannya menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dan mangsa didapati mengalami cedera ringan," katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!