Raja Muda dilantik Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak

Raja Jaafar. - Sumber: www.sultan.perak.gov.my (Kenyataan akhbar Dewan Negara Perak mengenai Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.)
Raja Jaafar. - Sumber: www.sultan.perak.gov.my (Kenyataan akhbar Dewan Negara Perak mengenai Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.)
A
A
A

IPOH - Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata, pelantikan itu dibuat susulan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Perak jalankan-tugas Agong

"Selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Kedua, Perkara 15, dalam tempoh menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong, baginda berkenan melantik Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

"Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan itu terdiri daripada Pengerusi iaitu Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan dua orang ahli," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu.

Ayop berkata, dua ahli tersebut ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Seri Agar Diraja, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Pada Jumaat, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Nazrin akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini.

Artikel Berkaitan: