Dua maut van rempuh treler

Keadaan van persiaran yang merempuh treler di Kilometer 71, Jalan Sandakan-Lahad Datu, Kinabatangan.
Keadaan van persiaran yang merempuh treler di Kilometer 71, Jalan Sandakan-Lahad Datu, Kinabatangan.
A
A
A

KINABATANGAN - Dua lelaki maut selepas van yang mereka naiki terlibat nahas dengan sebuah treler di Kilometer 71, Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Ghadafi Abdul Gafar, 38, dan Mohd Ridzuan Madarup, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu treler dan van persiaran.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila van persiaran melanggar kon yang dipasang di bahagian belakang treler yang rosak di lokasi kejadian dan seterusnya merempuh treler berkenaan.

"Kedua-dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang van yang juga warga tempatan maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Katanya, kedua-dua mayat dihantar ke hospital untuk saringan ujian calitan dan bedah siasat.

Artikel Berkaitan: