X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Kes positif Covid-19 global lebih 227 juta

Lebih daripada 660,000 bendera putih dipasang National Mall di Washington bagi menghormati nyawa yang hilang akibat Covid-19 di Amerika Syarikat. - Foto Xinhua
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 227 juta berikutan hampir 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 41.9 juta kes dan diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 21 juta kes.

United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Turki melebihi 6 juta kes.

Manakala, Argentina catat lebih 5 juta kes diikuti Colombia dan Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COV-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.3 juta.

Malaysia lepasi angka 2 juta kes, Thailand dengan 1.4 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 74,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.67 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 671,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 589,000 kes, India lebih 444,000 kes, Mexico lebih 270,000 kes, sementara United Kingdom kini mencatat lebih 135,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 140,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 36,000 diikuti Malaysia dengan 22,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 15,000 angka korban.- Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!