Menyimpanlah demi masa depan pendidikan anak-anak

Simpanan di PTPTN alternatif terbaik untuk pendidikan anak-anak.
Simpanan di PTPTN alternatif terbaik untuk pendidikan anak-anak.
A
A
A

“Jangan simpan apa yang tinggal setelah berbelanja; sebaliknya belanjakan apa yang ada setelah menyimpan."

Kata-kata oleh Warren Buffett iaitu ahli perniagaan, pakar pelaburan dan dermawan Amerika ini jelas membawa mesej bahawa setiap individu perlu membuat simpanan wang demi masa depan.

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan supaya setiap orang membuat agihan antara 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan untuk disimpan sebagai komitmen tetap.

Kajian turut mendapati, terdapat 50 peratus rakyat Malaysia berasa sukar untuk menyediakan wang sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku kecemasan.

Hanya 20 peratus mengakui membuat simpanan untuk jangka masa panjang manakala selebihnya hanya mempunyai simpanan untuk jangka masa terdekat, simpanan dikeluarkan pada akhir bulan untuk menampung perbelanjaan harian.

Seboros mana pun kita, penyimpanan wang adalah penting untuk kegunaan masa hadapan terutamanya untuk urusan pendidikan anak-anak.

Kerajaan telah menyediakan instrument simpanan untuk membantu masyarakat Malaysia membuat perancangan kewangan. Salah satunya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya, PTPTN.

Artikel Berkaitan:

Kenapa PTPTN?

PTPTN popular kerana menawarkan pinjaman pendidikan tinggi kepada mereka yang mahu melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Namun lebih daripada itu, PTPTN turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai Simpan SSPN iaitu satu instrumen yang membolehkan pendeposit membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Simpan SSPN Plus adalah produk berwajah baharu yang ditambahbaik daripada produk sedia ada merupakan satu pelan simpanan yang diwujudkan PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Sentuhan wajah baharu Simpan SSPN Plus turut melibatkan logo dan nama produk dengan mengekalkan keistimewaan dan manfaat sedia ada di samping menawarkan keistimewaan tambahan yang lebih baik dari segi manfaat perlindungan takaful.

Pemerkasaan imej baharu produk simpanan PTPTN ini menjadikan produk SSPN-i Plus sedia ada dikenali sebagai Simpan SSPN Plus dan SSPN-i dikenali sebagai Simpan SSPN Prime.

Simpan SSPN Plus didatangkan dengan pelbagai keistimewaan serta manfaat kepada pendeposit iaitu perlindungan takaful yang murah, mampu dimiliki oleh setiap isi rumah dan komprehensif.

Pelan ini sangat kompetitif dan unik kerana simpanan pendidikan digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful yang tentunya terbaik di antara pelan simpanan pendidikan lain di pasaran.

Simpan SSPN Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pilihan enam pakej menarik berkonsepkan mampu milik.

Pakej Simpan SSPN Plus

Simpan SSPN Plus menawarkan enam pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan (RM20 simpanan dan RM10 takaful).

No Image Caption

Simpan SSPN Plus yang dilancarkan pada 3 September lalu, merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan tiga syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB).

Produk baharu ini selari dengan Pelan Strategik PTPTN 2021 hingga 2025 untuk menguruskan dana simpanan dan pinjaman secara efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik seperti mana yang telah digariskan dalam visi PTPTN untuk memastikan PTPTN dilihat sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara menjadi suatu realiti.

PTPTN mempunyai matlamat untuk mentransformasikan minda masyarakat dalam kalangan ibu bapa pada peringkat awal usia anak-anak, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan.

Apa keistimewaannya?

Simpan SSPN Plus bukan hanya tempat simpanan wang semata-mata. Apa yang menarik, pendeposit Simpan SSPN Plus bakal memperoleh manfaat besar yang tentunya berbeza dan lebih menarik berbanding institusi lain.

Cabutan WOW! adalah promosi istimewa dan sinonim dengan SSPN-i Plus sejak produk ini diwujudkan pada 2015 bertujuan untuk meraikan dan menghargai para pendeposit.

Cabutan hadiah ini juga merupakan satu dorongan serta galakan kepada rakyat Malaysia yang menyimpan di PTPTN.

Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 bermula 1 September hingga 31 Disember 2021 menawarkan hadiah lumayan bernilai hampir RM320,000 menanti 221 pemenang.

Pendeposit berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan istimewa yang menawarkan hadiah utama berupa Gold Bar bernilai RM150,000.

Nak simpan dan menang cabutan yang lumayan? Mulakan sekarang di hujung jari anda. PTPTN memudahkan pelanggan dengan hanya melayari www.lovesspn.com bagi urusan pembukaan dan penambahan Simpan SSPN Plus tanpa perlu hadir ke kaunter.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian telefon Eksekutif Pemasaran PTPTN yang boleh didapati di portal rasmi di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn.

Reaksi pendeposit Simpan SSPN Plus

Nurul Ain Mat Arham
Nurul Ain Mat Arham

"Saya mula menyimpan di dalam Simpan SSPN Plus pada Mei lalu untuk anak tunggal yang berusia tiga tahun. Saya ambil pakej Intan, cuma RM30 sebulan iaitu RM20 sebagai simpanan dan RM10 sumbangan takaful. Saya berminat untuk menyimpan menerusi Simpan SSPN Plus ini kerana manfaatnya bagi jangka masa panjang. Kita boleh menabung dan simpanan ini juga mempunyai perlindungan takaful. Komitmen simpanan bulanannya tak mahal dan mampu bayar. Saya galakkan ibu bapa di luar sana untuk turut sama menyimpan melalui Simpan SSPN Plus."

Maliki Jusoh
Maliki Jusoh

"Simpan SSPN Plus ini sangat berguna untuk masa depan anak-anak sebab ia boleh tampung perbelanjaan untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Saya ambil pakej Delima yang bayarannya RM50 sebulan setiap akaun untuk dua anak yang berumur 9 dan 11 tahun. Saya mula menyimpan sejak tiga bulan lalu. Nasihat saya kepada ibu bapa lain, simpanlah dalam Simpan SSPN Plus kerana simpanan anda dilindungi dan diberikan dividen yang berbaloi serta ditambah dengan beberapa lagi kelebihan seperti yang PTPTN umumkan baru-baru ini"

MANFAAT TAMBAHAN SIMPAN SSPN PLUS KEPADA PENDEPOSIT

- Perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta.

- Penyakit terminal sehingga RM200,000.

- Manfaat Penghantaran balik jenazah sehingga RM10,000.

- Rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM3,000.

- Manfaat Khairat Kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih.

- Perlindungan sehingga umur mencapai 69 tahun tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful.

KEISTIMEWAAN SEDIA ADA SIMPAN SSPN PLUS

- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

- Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

- Komitmen serendah RM30 sebulan.

- Tiada pemeriksaan kesihatan.

- Elaun kemasukan hospital.

- Layak memohon pinjaman pendidikan.

- Simpanan dijamin

- Patuh syariah.

SYARAT PEMBUKAAN AKAUN

Pendeposit:

- Warganegara Malaysia.

- Mencapai umur 18 tahun sehingga sebelum mencapai umur 69 tahun. (mengikut had umur yang ditetapkan oleh syarikat pengendali takaful yang dipilih).

Penerima Manfaat:

- Warganegara Malaysia.

- Berumur 1 hari sehingga mencapai 29 tahun.

- Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/anak tiri/ anak angkat.