Tujuh lelaki terperangkap di tengah sungai akibat kepala air

Norazam Khamis
Norazam Khamis
A
A
A

BATANG KALI - Tujuh daripada sembilan lelaki terperangkap di tengah sungai dalam kejadian di Sungai Kedondong di sini pada Jumaat malam.

Pihak bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 7.55 malam menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru untuk kerja menyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, tujuh individu terbabit terperangkap di lokasi itu susulan fenomena kepala air.

Menurutnya, sembilan lelaki terbabit dipercayai menjalankan aktiviti merentas sungai di kawasan rekreasi itu sebelum kejadian fenomena kepala air berlaku secara tiba-tiba.

"Dua daripada mereka berjaya melepasi sungai manakala tujuh lagi masih terperangkap di tengah sungai namun kesemua mereka tidak lemas kerana berada di kawasan berbatu.

"Aktiviti menyelamat masih berjalan walaupun agak sukar merentas sungai kerana arus air yang deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat malam.

Tambahnya, operasi tidak akan ditamatkan sehingga kesemua mereka diselamatkan walaupun pasukan menyelamat menghadapi kesukaran kerana keadaan cuaca buruk.

Artikel Berkaitan: