Nelayan tangkap buaya seberat 500kg

No Image Caption
A
A
A

BUTTERWORTH - Penduduk di sekitar kawasan Bagan Ajam di sini gempar dengan kehadiran seekor buaya di kawasan jeti nelayan di sini, petang Jumaat.

Bagaimanapun pada jam 6.44 petang, beberapa orang nelayan menaiki bot ke lokasi berkenaan dan menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan pukat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sejurus menerima laporan penemuan haiwan itu sepasukan polis ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, ketika anggotanya tiba, seekor buaya dibawa naik ke pantai berhampiran kedai makan di Kampung Contoh.

"Buaya dibawa naik itu sepanjang hampir empat meter dengan berat kira-kira 500 kilogram.

"Dengan bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan Bomba dan Penyelamat, kami memindahkan buaya tersebut ke pejabat APM Daerah SPU sementara menunggu kehadiran Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Noorzainy berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penangkapan buaya tersebut.

Artikel Berkaitan: