X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Wan Ahmad Fayhsal kayuh basikal agihkan Bakul Prihatin Negara

Wan Ahmad Fayhsal (kanan) mengayuh basikal bagi mengagihkan Bakul Prihatin Negara kepada masyarakat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa dan Kampung Pandan India, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengayuh basikal bagi mengagihkan 60 Bakul Prihatin Negara kepada masyarakat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa dan Kampung Pandan India, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Titiwangsa berkata, pengagihan tersebut merupakan salah satu tujuan dalam menjayakan Program Kayuhan Prihatin Titiwangsa bersempena Hari Malaysia 2021.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, selain itu, pihaknya turut memberi pelitup muka serta cecair pembasmi kuman kepada masyarakat setempat.

"Program ini turut disertai seramai 25 orang pengayuh terdiri ahli-ahli Bersatu Bahagian Titiwangsa serta warga Titiwangsa yang berbilang bangsa dan agama.

"Melalui program ini, kami di Bersatu Bahagian Titiwangsa secara tidak langsung dapat mewujudkan sifat kekeluargaan yang harmoni antara kaum yang mana kita tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja.

"Semoga dengan bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima dan secara tidak langsung dapat juga mengeratkan kemajmukan masyarakat pelbagai kaum dalam konteks 'Keluarga Malaysia'," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujar Wan Ahmad Fayhsal, pihaknya turut berterima kasih kepada semua petugas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut membantu dalam menjayakan program kayuhan tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!