X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Enrico's bantu 13,070 keluarga terkesan pandemik Covid-19

Antara penerima Program Bantuan Prihatin Enrico's.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pengeluar produk makanan dan minuman terkemuka, Enrico's mengambil inisiatif bagi membantu 13,070 keluarga yang memerlukan dan terjejas pendapatan susulan penularan wabak Covid-19.

Pengurus Pemasaran Enrico's, G Mathan berkata, Program Bantuan Prihatin Enrico's yang dijalankan dalam dua fasa itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya bagi membantu meringankan bebanan ditanggung mereka yang terkesan akibat pandemik sejak tahun lalu.

Menurutnya, bagi fasa pertama, Enrico's telah menyalurkan sebanyak 5,235 kotak makanan kepada penerima di seluruh negara manakala bagi fasa kedua jumlah penerima meningkat kepada 7,835 keluarga.

"Program CSR yang dijalankan ini adalah salah satu aktiviti yang diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-30 Enrico's.

"Menerusi program ini, penerima sumbangan mendapat bantuan barangan keperluan asas dan beberapa lagi produk keluaran Enrico's," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Selain program CSR, syarikat yang mengeluarkan produk serbuk teh Hi-Top itu turut membuat promosi khas kepada pelanggan setianya dengan pemberian hadiah balang kaca edisi terhad.

Mathan berkata, setiap pelanggan yang membeli pek serbuk teh Hi-Top 200 gram layak menerima balang kaca edisi terhad itu.

"Orang ramai boleh mendapatkan serbuk teh Hi-Top yang pastinya 'kaw' dan menyegarkan di pasaran termasuk melalui platfom e-dagang.

"Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah eksklusif ini dan promosi ini terhad sehingga stok masih ada," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!