X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Lapan kakitangan MBSP meninggal dunia akibat Covid-19

Warga MBSP pada Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Ibu Pejabat MBSP, Bandar Perda, pada Jumaat. - Foto ihsan MBSP
A
A

BUKIT MERTAJAM - Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang merekodkan lapan kematian kakitangannya akibat wabak Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara Mac tahun lalu.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud memaklumkan mereka yang terkorban berusia 28 hingga 57 tahun.

Rozali berkata, mereka yang terkorban terdiri daripada tiga yang belum menerima vaksin, empat telah menerima dos pertama manakala hanya seorang sahaja yang telah lengkap divaksin.

Jelasnya, setakat ini seramai 33 lagi kakitangan di MBSP masih sedang bertarung nyawa akibat virus ini.

Rozali berkata, bagi melindungi kakitangannya, pemberian vaksin menjadi keutamaan bagi mencegah penularan Covid-19 yang lebih teruk.

"Seramai 3,930 atau 98.6 peratus warga kerja MBSP telah divaksinasi sehingga kini,

“Anda (warga MBSP) mesti sihat dan teruskan menabur bakti kerana anda adalah 'benteng' Seberang Perai ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Ibu Pejabat MBSP, Bandar Perda, pada Jumaat

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!