Gangguan bekalan air di Tawau Rabu ini

No Image Caption
A
A
A

TAWAU - Jabatan Air Negeri Sabah hari ini mengeluarkan notis gangguan bekalan air berjadual melibatkan beberapa kawasan perumahan dan kampung di sekitar Tawau.

Menurut kenyataan itu, gangguan bekalan air akan bermula pada Rabu jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Gangguan bekalan berkenaan disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan pada intake di Loji Rawatan Air Cinta Mata di sini.

Kawasan terlibat ialah Kampung Tanjung Batu Darat, Kampung Tanjung Batu Tengah, Kampung Tanjung Batu Laut, seluruh kawasan Kampung Pasir Putih, seluruh kawasan Perumahan Taman Semarak,seluruh kawasan Muhibbah, seluruh kawasan Perumahan Taman Ria, Taman Univilla, Taman King Fook, Taman Ambar Park, Taman Kuhara Indah, seluruh kawasan Hot Spring, Taman Maju Jaya, Taman Green, Taman Nordin serta seluruh kawasan bandar sehingga ke Batu 2.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh menghubungi talian CareLine Jabatan Air Negeri Sabah di 088-326888 (JANS Careline) untuk sebarang pertanyaan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan: