Dua lokaliti di Pahang, Sabah dikenakan PKPD

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua lokaliti masing-masing di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada Ahad hingga 2 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, kawasan PKPD tersebut membabitkan Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis di Pahang dan Kampung Air, Beluran di Sabah.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Rodzi berkata, PKPD bagi lokaliti Taman Samudera, Seri Manjung, Manjung di Perak akan dilanjutkan untuk 14 hari lagi iaitu sehingga 2 Oktober.

Menurutnya, PKPD melibatkan kawasan sekitar pekan Padang Tengku, Mukim Gua, Lipis di Pahang dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Batu Padang di Perak pula ditamatkan pada Ahad seperti yang dijadualkan.

"Kawasan Pekan Padang Tengku merangkumi Kampung Baru, Taman Bakti, Taman Dahlia serta deretan kedai Pekan Padang Tengku," ujarnya.

Artikel Berkaitan: