X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Sultan Johor akan bangkitkan isu MM2H kepada PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan menyemak semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini menyatakan kerajaan akan menyemak semula syarat ketat Program MM2H.

"Namun, apa yang kita dengar di Parlimen hanyalah janji untuk mempertimbangkan permohonan peserta MM2H berdasarkan kes demi kes dan ini adalah di luar jangkaan dan sesuatu yang mengecewakan.

"Jika keselamatan adalah justifikasi utama untuk kriteria baharu, maka pihak kementerian hanya perlu membatalkan visa pemegang pas MM2H yang didapati melakukan kesalahan, dan bukannya melibatkan semua peserta," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Jumaat.

Sultan Ibrahim bertitah, keputusan berkenaan hanya akan memberi implikasi negatif, memandangkan Program MM2H sebelum ini membawa kesan positif kepada ekonomi negara.

"Jika sekarang kita mengenakan syarat ketat hingga memberi kesan kepada peserta, dikhuatiri akan menjejaskan imej negara di mata dunia," titah baginda.

Baginda berharap perkara itu akan mendapat perhatian serta pertimbangan kerajaan tanpa membuat keputusan drastik terhadap program berkenaan.

Justeru, Sultan Johor bertitah, akan membangkitkan perkara itu secara peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat memandangkan Johor merupakan antara destinasi popular MM2H, selain sumbangan program itu kepada pendapatan negeri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!