Idris bakal adakan pertemuan bersama pendakwah

Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad merancang untuk mengadakan pertemuan bersama pendakwah dan institusi-institusi Islam termasuk sekolah pondok.

Beliau berkata, golongan berkenaan merupakan antara pihak yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Menurutnya, mereka selama ini telah berkorban untuk menyebarkan agama Islam di Malaysia dan mencari jalan keluar terhadap isu-isu berkaitan situasi dakwah.

“Alhamdulillah pagi ini, saya dikunjungi dua institusi besar yang menggerakkan usaha dakwah Islam dalam negara iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) dan Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran (Permata) Malaysia.

“Kedua-dua wakil dihadiri oleh presiden mereka sendiri iaitu Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Manolito Mohd Dahlan.

“Saya begitu gembira menerima kehadiran ini kerana dapat meluangkan masa mendengar dan berbincang bersama khususnya berkaitan hala tuju pendakwah serta isu-isu sekitar institusi Islam di Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: