Rugi RM580,000 gara-gara nak tunjuk setia

Seorang peniaga dalam talian kerugian hampir RM580,000 dipercayai akibat ditipu gara-gara mahu membuktikan kesetiaan kepada seorang rakan yang dikenalinya melalui aplikasi kaum sejenis pada Mei lalu.(Gambar hiasan).- Foto 123RF
Seorang peniaga dalam talian kerugian hampir RM580,000 dipercayai akibat ditipu gara-gara mahu membuktikan kesetiaan kepada seorang rakan yang dikenalinya melalui aplikasi kaum sejenis pada Mei lalu.(Gambar hiasan).- Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang peniaga dalam talian kerugian hampir RM580,000 dipercayai akibat ditipu gara-gara mahu membuktikan kesetiaan kepada seorang rakan yang dikenalinya melalui aplikasi kaum sejenis pada Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek iaitu seorang lelaki memperkenalkan diri kepada mangsa yang berusia 20an sebagai ‘tengku’ dan mendakwa sebagai kerabat diraja.

“Selepas berkenalan, suspek menanyakan kepada mangsa mengenai emas milik mangsa dan suspek didakwa meminta mangsa menunjukkan emas berkenaan sebagai bukti kasih sayang dengan berjanji memulangkan barang kemas milik ibu mangsa itu.

“Mangsa yang terpedaya membuat penghantaran dua kali iaitu pada 31 Mei menggunakan teksi dan 2 Jun menggunakan perkhidmatan grab kepada pembantu peribadi 'tengku' berkenaan yang berada di Kota Bharu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Shafien, dalam tempoh perkenalan mereka, mangsa yang juga seorang lelaki memindahkan wang berjumlah RM201,000 ke dalam dua akaun untuk menunjukkan kesetiaan selain dijanjikan sebuah kenderaan pikap.

Menurutnya, mangsa kemudian menyedari ditipu suspek yang tidak pernah datang berjumpa dengannya serta tidak memulangkan barang kemas milik ibunya yang bernilai RM370,000.

Katanya, suspek juga terus memaksa mangsa menyerahkan wang kepadanya dan mengugut untuk menyebarkan video bogelnya.

"Mangsa membuat laporan polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,' katanya.

Artikel Berkaitan: