Adun Balung sertai parti Warisan

Foto Bernama News Channel
Foto Bernama News Channel
A
A
A

KOTA KINABALU - ADUN Balung, Datuk Osman Jamal sah menyertai parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Mohd Safie, selaku presiden parti, dalam satu sidang media di sini hari ini.

Osman merupakan antara ADUN UMNO di Sabah yang keluar dari parti itu selepas PRU14 Mei tahun lalu dan menjadi ADUN Bebas.

Bercakap pada sidang media itu, Osman, yang sebelum ini menyertai PKR, berkata sejak Mei tahun lalu beliau sudah menyatakan hasrat menyertai Warisan kepada Mohd Shafie.

Katanya, baru hari ini ia menjadi kenyataan untuk menyertai parti tempatan Sabah dan berbilang kaum.

Menurutnya, keputusan itu beliau ambil bagi meneruskan agenda pembangunan infrastruktur, kemudahan asas dan sosial untuk kawasan Balung.

Osman merupakan bekas ADUN UMNO keenam menyertai Warisan selepas Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisah Samat (Tanjong Batu), Jamawi Jaafar (Kemabong), Datuk Saddi Abdul Rahman (Sukau) dan Datuk Musbah Jamil (Tempasuk).

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata parti itu mengambil masa untuk meneliti hasrat Osman dan beberapa lagi bekas ADUN UMNO untuk menyertai parti itu.

Artikel Berkaitan:

“Memang ada kalangan mereka (bekas ADUN UMNO) menyatakan hasrat mahu menyertai Warisan dan saya sangat berhati-hati untuk menilai secara mendalam hasrat mereka itu dan keputusan menerima mereka bukan mudah,” katanya.- Bernama