Covid-19: 17,577 kes baharu, Sarawak masih tertinggi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan kepada 17,577 kes dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 18,815 kes dicatatkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah 2,067,327 kes.

Menurut beliau, Sarawak menjadi negeri melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,480 kes, diikuti Selangor (2,646), Johor (2,334), Perak (1,596), Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

"Bagi negeri Kelantan sebanyak 869 kes direkodkan diikuti dengan Pahang (832), Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (287) dan Negeri Sembilan (198).

“Perlis pula merekodkan 41 kes dan Putrajaya 31 kes manakala Labuan 10 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 17,043 katil bersamaan 70 peratus manakala sebanyak 1,611 jumlah katil di ICU digunakan bersamaan 76 peratus.

Tambahnya, terdapat dua negeri mencatatkan jumlah penggunaan lebih daripada 100 peratus iaitu Kedah (107 peratus) dan Kuala Lumpur (101 peratus).

“Penggunaan katil bukan ICU dan ICU paling rendah dicatatkan adalah di Labuan iaitu sebanyak lapan peratus (bukan ICU) dan enam peratus (ICU),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Bagi pemberian vaksin pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 66.7 peratus populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 55.0 peratus telah menerima vaksin lengkap.

“Ini bermakna, 92.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 76.8 peratus telah menerima vaksin lengkap,” ujarnya.