X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Malaysia berpeluang jadi pemain industri dron

Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai potensi menjadi pemain utama industri dron di peringkat global berikutan prapelancaran Penyelidikan dan Pembangunan Area 57 (Area 57) semalam, menurut pengasas syarikat berasaskan dron hari ini.

Pengasas Aerodyne Group, Kamarul A Mohamed dalam kenyataan pada Jumaat berkata, pembangunan Area 57 adalah perlu dalam usaha memacu ekonomi baharu melalui industri dron.

Pengasas Poladrone Cheong Jin Xi dalam kenyataan yang sama berkata, Area 57 merupakan inisiatif yang baik dan mampu membuka lebih banyak peluang bagi individu yang meminati teknologi dron.

Menurut Cheong, dalam situasi pandemik, dron juga perlu dikomersialkan khususnya bagi tujuan khidmat penghantaran menggunakan dron bagi mengurangkan kontak.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Lumba Dron Malaysia Mohd Fitri Reza memberitahu, inisiatif ini akan menjadi sumber kekayaan baharu bagi negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Justeru, Mohd Fitri berharap kerajaan dapat mewujudkan pusat sehenti perkembangan industri dron di semua negeri.

Pengasas HobiKami dan Kami Kaki Dron Amirul Aizad Amiruddin pula berharap penggunaan dron akan diperluas, seterusnya meletakkan Malaysia sebagai hab dron yang berpotensi di rantau ASEAN pada masa depan.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan Area 57 adalah sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan serta pemerkasaan bakat yang dibangunkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) bagi memajukan perkembangan industri berfokus inovasi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan Unmanned Aircraft Systems (UAS).

Area 57 adalah simbolik kepada kawasan seluas 2.03 hektar yang akan dijadikan infrastruktur bersepadu dan sandbox dengan penyediaan tujuh nilai cadangan iaitu menyelidik, membangun, menguji, memperakui mengilang, mengkomersial dan menyelenggara penyelesaian dan teknologi dron. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!