Vaksin: 173,000 remaja di Pahang bakal terima dos pertama

Seramai 173,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Pahang mula terima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 bermula Isnin ini. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
Seramai 173,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Pahang mula terima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 bermula Isnin ini. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

KUANTAN - Seramai 173,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Pahang mula terima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 bermula Isnin ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada remaja mempunyai masalah kesihatan serta orang kelainan upaya (OKU) dari institusi-institusi pemulihan dan perlindungan termasuk remaja golongan rentan.

"Remaja dalam kalangan pelajar sekolah menengah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) yang turut terlibat ialah dari sekolah menengah agama negeri kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan institusi-institusi pendidikan kelolaan Majlis Amanah Rakyat (Mara)," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Tambah beliau, golongan remaja berkenaan akan menerima suntikan masing-masing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan di bawah penyelarasan Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat-pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, seperti disyaratkan, remaja-remaja itu perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan menerima suntikan.

"Kepada bakal penerima suntikan, ibu bapa atau penjaga terlibat, saya berharap dapat berikan kerjasama sebaik-baiknya demi mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan kita yang boleh membantu menangani penularan wabak Covid-19," kata beliau.

Artikel Berkaitan: