X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Pencemaran Sungai Tawakal: Sisa bahan kimia dari lokasi lain

Keadaan Sungai Tawakal, Kampung Baru Sri Aman di sini selepas insiden pembuangan sisa terjadual pada Selasa lalu. Gambar kanan : Ayob Khan
A
A

JOHOR BAHRU - Sisa bahan terjadual yang mencemarkan Sungai Tawakal, Kampung Baru Sri Aman di sini pada Selasa dipercayai diambil dari lokasi lain.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan lanjut berkaitan insiden pembuangan sisa terjadual berkenaan masih berjalan dengan mengambil kira sebarang kemungkinan.

“Polis masih lagi membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai perkara ini. Kita percaya lori terlibat mengambil bahan kimia terbuang tersebut di lokasi lain.

"Selain itu, kesemua suspek masih lagi direman dan soal siasat masih berjalan. Setakat ini masih melibatkan satu premis sahaja.

"Kita akan membuat operasi susulan dan bersama JAS bagi mengenal pasti bagaimana bahan-bahan ini dibawa untuk dibuang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Jumaat.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, JAS Johor dengan kerjasama polis bertindak menyerbu tempat letak kenderaan di sebuah premis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden pembuangan sisa bahan terjadual berkenaan.

Polis masih lagi menjalankan soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis yang ditahan berhubung kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: JAS kenal pasti punca sebenar pencemaran Sungai Tawakal

Insiden pembuangan sisa terjadual bukan pertama kali berlaku


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!