Cubaan seludup tujuh rusa gagal

Rusa yang diletakkan di dalam tiga kotak kayu dalam kenderaan berkenaan.
Rusa yang diletakkan di dalam tiga kotak kayu dalam kenderaan berkenaan.
A
A
A

PASIR MAS - Cubaan dua lelaki menyeludup masuk tujuh ekor rusa hidup bernilai RM35,000 gagal apabila kegiatan tersebut berjaya dihidu pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan melalui Op Benteng Covid di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya semasa melakukan rondaan di kawasan Jeram Perdah 2 telah mengesan dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10 malam Khamis.

"Anggota berkenaan kemudian mengekori kenderaan berkenaan sebelum mengarahkan mereka berhenti di tepi Jalan Kampung Siram, Alor Pasir, Pasir Mas.

"Hasil pemeriksaan di dua buah kenderaan tersebut menemui tiga kotak kayu besar yang di dalamnya terdapat tujuh ekor rusa hidup. Dua lelaki yang memandu kenderaan tersebut juga ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, dokumen kebenaran memindah haiwan berkenaan dipercayai dipalsukan, selain tamat tempoh.

Beliau berkata, rusa tersebut juga dipercayai diseludup dari negara jiran ekoran daging haiwan berkenaan mempunyai permintaan tinggi di seluruh negara.

"Jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM85,000 dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya.

Artikel Berkaitan: