Ramai penduduk AS alami obesiti

Gambar fail menunjukkan seorang lelaki yang obes menunggang skuter di New York. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang lelaki yang obes menunggang skuter di New York. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Bilangan penduduk obesiti di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 16 peratus pada tahun lalu, menurut data terbaharu daripada Pusat Untuk Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) yang disahkan pada Rabu.

Negeri-negeri yang mempunyai bilangan penduduk yang obes itu kebanyakannya di selatan dan tengah AS.

Bilangan penduduk yang obes itu diketahui berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat melalui panggilan telefon dan berdasarkan ukuran indeks jisim tubuh badan (BMI).

Dalam kajian itu, golongan dewasa tanpa lulusan sekolah tinggi merupakan golongan tertinggi mempunyai kadar obesiti iaitu 30.8 peratus.

Golongan lulusan kolej di AS pula mempunyai bilangan obesiti paling rendah iaitu 25 peratus.

Berdasarkan kepada kategori umur pula, mereka yang berusia 18 hingga 24 tahun mempunyai kadar obesiti paling rendah iaitu 19.5 peratus berbanding golongan dewasa berumur 45 hingga 54 tahun iaitu 38.1 peratus.

Dalam tinjauan itu, tujuh negeri mempunyai bilangan tinggi penduduk kulit putih yang obes.

Sebanyak 22 negeri pula mempunyai bilangan tinggi penduduk keturunan Hispnic yang gemuk manakala 35 negeri dan daerah pentadbiran Columbia pula mencatatkan bilangan penduduk kulit hitam yang tinggi. - Agensi

Artikel Berkaitan: